Oh facebook

Saya mulakan posting kali ini dengan Assalamualaikum. HAHA. Dah tiga kali posting baru nak bagi salam kan. Apa nak jadi ntah. Ermm... okey! Aku nak cakap sikit pasal FACEBOOK. Walaweyhh... dah lama aku tak complain pasal Pakcik Facebook kita nih haa. Tapi kali nih aku memang tak boleh nak sabar dah. Lately ni kan, facebook merajuk dan menjadi sangat sangat lembap to the power of infinity. To the power of infinity tuh bermaksud super duper lembap okey. Korang tak percaya sudah! Tapi tuh laa yang sedang aku alami sekarang nih. Kadang-kadang nak sign in facebook pun aku malas. Asyik buat perangai aje. Aku dah cuba pujuk pakcik facebook nih tapi dia tetap dengan pendiriannya iaitu ingin menjadi selembap yang bolehh. Dah macam-macam cara aku lakukan untuk buat pakcik facebook nih menjadi laju semula tapi dia memang tak nak dengar cakap aku. Apa ke degil benda alah nih kan... Cakap orang tak pernah nak dengar. Grr -.- Lantak kau lahh kan. Semua orang dok sibuk maki hamun kau tapi kau still tak nak insaf. Tak nak bertaubat kan. Kalau macam nih laa, aku close account aku nanti (gertak aje laweyh) HAHA. Orang kata kelembapan Facebook ini berpunca daripada Tsunami dekat Jepun. Aku pun rasa the same thing. Mungkin lah kowt. So, tak boleh nak salahkan sesiapa.

To pakcik Facebook ; cepatlah pulih yup. Jangan tambahkan dosa kami dengan asyik mengutuk anda sahaja. Awak dapat pahala, kiteorang dapat dosaa. Tak bagus :)

No comments:

Post a Comment