cerita sedih


Ali , Abu & Mamat merupakan sahabat baik yang tinggal di sebuah apartmen setinggi 6o tingkat . Pada suatu petang , mereka baru pulang daripada kerja . Dilihat ramai orang berada di hadapan lif yang tidak berfungsi disebabkan elektrik tidak ada .

Ali : “Macam mana ni rumah kita dekat atas sekali ?”
Abu : “Aduh , pening kepala , tk kan kita nk pnjat tangga , larat ke kita ?”
Mamat : “Aku rasa , baik kita pnjat tangga sahaja . Kita tidak tahu bila agaknya elektrik akan ada balik ?”
Ali : “Aku ada satu idea , kita pnjat tangga sambil bercerita , tapi kita kena bercerita perkara yang sedih saja . Sebab kalau kita buat cerita lawak , kita akan terasa sesak nafas sebab ketawa . Biar kite serius dengar cerita”

Mereka pun bersetuju , dan mula memanjat tangga untuk ke tingkat 6o . Ali mula bercerita .

Ali : “Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku . Aku membesar tanpa bapa , yang meninggal semasa aku dalam kandungan , dari kecil aku ……” .

Punya sedih mereka mendengar cerita Ali sehingga meleleh air mata , sedar tak sedar mereka dah smpai tingkat 2o . Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk mengelap air mata , kemudian mereka kembali memanjat sambil Abu pula bercerita .

Abu : “Sejarah hidup aku lagi sedih , semasa umur aku lima tahun , ibu bapaku meninggal dalam kemalangan jalan raya . Aku dibesarkan oleh abang sulung pada masa itu berumur 15 tahun . Abang sulung aku tidak bersekolah dan dia terpaksa bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai empat orang ……” .

Sekali lagi mereka bertiga meleleh air mata sedih oleh nasib yang menimpa Abu . Sedar tidak sedar mereka sudah sampai tingkat 55 . Hanya lima tingkat sahaja lagi . Sambil melangkah memanjat tangga ke tingkat 56 , Mamat mula menyampuk .

Mamat : “Kamu punya cerita tidak sedih . Cerita aku lagi sedih punya”
Ali : “Kau pun ada sejarah hidup yang sedih jugak ke ?”
Mamat : “Em ..mungkin hari ini dalam sejarah” .
Abu : “Cerita sahaja la . Kita perlu panjat empat tingkat sahaja lagi” .
Mamat : “Aku sedih kerana kunci rumah kita , aku tertinggal dalam kereta”
Serentak selepas itu ramai-ramai menangis .
+++++++++++++++++++++THE END++++++++++++++++++++++++++++

No comments:

Post a Comment