Kadang-kadang aku pelik dengan sesetengah manusia yang tak pernah jemu "menjaga tepi kain orang" perihal orang lain. Baca biar betul abang dan kakak, "menjaga tepi kain" di sini bukan bermaksud tukang jahit yang jahit baju orang blablabla. Apa yang aku nak maksudkan manusia yang suka, sibuk, gemar, terlebih hormon nak ambil tahu tentang orang lain. Aku dah muak berhadapan dengan orang-orang macam ni. Kadang-kadang rasa diri ni macam diva mengalahkan Siti Nurhaliza tak pun Kak Pah ( merujuk kepada Sharifah Aini ) Entah apa yang nak dicemburukan dengan aku sangat. Muka buruk, hidung senget, gigi salah parking. Senang kata semua pakej buruk-buruk aku conquer. Nak kata kaya lagi jutawan, poket pun koyak bro! Hari-hari dok menagih simpati, buat muka seposen dekat ayah nak duit belanja lebih sikit. Bolehlah buat beli gula-gula mentos perisa anggur dekat koperasi! HAHA Hah kalau jealous sebab aku pandai lagi genius mengalahkan Enstein lagi haram tipuuuuu! Pergi tengok report cardlah bro, berderet-deret merah = GAGAL DENGAN JAYANYA

Lepas dah sibuk-sibuk hal aku, boleh pulak nak bagi nasihat, nak betulkan kesalahan or whatsoever Eh kau siapa nak bagi aku ceramah free ni? Kenal pun dalam Facebook je pun, nampak lubang hidung kau yang tak berapa nak mancung tu pun belum! Adeh adeh sakit urat ketiak aku dengan korang ni -.- Tolonglah, mak bapak aku pun tak macam korang. Pissed off!

p/s :

Malas nak cakap panjang. Sila bersihkan halaman sendiri dulu sebelum nak sibuk-sibuk bersihkan halaman rumah aku. Ada faham?

No comments:

Post a Comment